Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Wartawan, aktivis dan tokoh masyarakat

Kami komited untuk mencipta teknologi sokongan yang semua peserta, termasuk mereka yang mempunyai pangkalan pengikut yang besar, berasa selamat untuk melibatkan diri dengan pelbagai komuniti dan berkongsi secara terbuka. Alat dan dasar kami direka bentuk untuk menyokong orang yang menjadi perhatian umum semasa mereka berkhidmat, mendidik dan memberikan inspirasi.

Gambaran Keseluruhan

Kami ingin membantu pengguna berkembang dengan selamat dan berkembang maju dengan teknologi kami. Berikut ialah usaha keselamatan berterusan kami untuk membantu wartawan, aktivis dan tokoh masyarakat dalam komuniti Meta.

Wartawan

Wartawan boleh menghadapi kedua-dua ancaman dalam talian dan luar talian. Kami komited untuk mencegah dan bertindak balas terhadap kebimbangan keselamatan tersebut. Kami telah mengumpulkan sumber untuk keselamatan wartawan dan membangunkan panduan untuk memerangi keganasan dalam talian. Kami juga menyokong komuniti berita antarabangsa melalui penajaan program menerusi Meta Journalism Project kami.

Pembela hak asasi manusia

Platform media sosial ialah komponen penting dalam aktivisme. Usaha memastikan keselamatan memerlukan pemahaman yang mendalam tentang amalan terbaik keselamatanserta kewaspadaan yang berterusan. Kami ingin menyokong keselamatan digital pembela hak asasi manusia global supaya mereka dapat meneruskan kerja mereka, sambil melindungi aset digital mereka.

Selaras dengan misi kami untuk memberikan kuasa kepada orang ramai bagi membina komuniti dan menyatukan dunia, kami telah membangunkan Dasar hak asasi manusia korporat, yang merupakan teras kepada komitmen berterusan kami untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia.

Tokoh masyarakat

Keselamatan dan keterjaminan adalah penting untuk individu pada pandangan umum. Hal ini tepat sekali tidak kira seseorang itu ialah calon politik untuk pilihan raya, pencipta yang mempunyai semakin ramai peminat, aktivis yang menerajui gerakan dalam talian atau wartawan yang membuat laporan semasa krisis. Kami mengambil serius ancaman terhadap keselamatan pengguna dan mempunyai panduan khusus untuk mereka yang terlibat dalam politik dan peranan lain demi kebaikan masyarakat. Kami menggalakkan orang ramai membiasakan diri dengan alat dan ciri keselamatan khusus platform. Langkah demikian boleh membantu memupuk pengalaman positif untuk tokoh masyarakat dan komuniti mereka.

Sumber Berkaitan