
Keselamatan wanita
Di Meta, kami percaya wanita berhak mendapat akses peluang ekonomi, pendidikan dan sosial yang sama yang disediakan oleh Internet. Kami faham bahawa anda perlu berasa selamat untuk mengambil bahagian yang bermakna dalam komuniti. Ketahui lebih lanjut tentang alat yang membolehkan anda berhubung dengan keluarga, rakan dan aktiviti amal yang penting dengan penuh keyakinan.
Pendekatan kami
Meta seharusnya menjadi sebuah tempat yang dirasakan selamat oleh golongan wanita. Pendekatan berasaskan lima teras kami berfungsi untuk menghalang penyalahgunaan pada platform kami.
Standard Komuniti menerangkan dengan jelas kandungan yang dibenarkan pada platform kami. Garis panduan ini membolehkan pengguna meluahkan perasaan mereka, di samping menggalakkan persekitaran yang mesra dan selamat.
Ciri dan alat kami membolehkan anda melindungi diri daripada kandungan dan kenalan yang tidak diingini. Anda boleh mengehadkan akses kepada profil Facebook anda atau menapis mesej langsung yang berpotensi menimbulkan gangguan di Instagram. Anda boleh melaporkan pelanggaran secara terus kepada pasukan kami pada bila-bila masa.
Kami menawarkan akses 24/7 kepada sumber yang direka dengan mengambil kira keselamatan wanita. Pusat Bantuan Facebook menyediakan panduan langkah demi langkah untuk melindungi diri anda daripada kandungan berunsur ancaman atau berbahaya.
Dasar, alat dan sumber kami dibina dengan bimbingan pakar keselamatan, ahli akademik, NGO, aktivis hak asasi manusia dan penggubal dasar yang berkhidmat dalam kumpulan Penasihat Pakar Keselamatan Wanita Global kami.
Ini ialah komuniti bersama dan pengalaman anda penting. Kami mengumpulkan input daripada anda untuk membangunkan dasar, alat dan sumber yang menggalakkan keselamatan wanita dalam talian.
Orang yang terselamat daripada penyalahgunaan
Wartawan & aktivis wanita
Pemimpin wanita

Orang yang terselamat daripada penyalahgunaan
Di Meta, kami ingin membantu orang yang terselamat daripada penyalahgunaan untuk kekal berhubung dengan rakan dan keluarga atau berhubung semula dengan orang tersayang selepas diasingkan oleh bekas pasangan yang melakukan penyalahgunaan. Alat kami membolehkan anda mengawal pengalaman dalam talian anda.
Baca Lebih Lanjut

Wartawan & aktivis wanita
Wartawan dan aktivis menggunakan Meta untuk berhubung dengan orang ramai dan berkongsi cerita. Oleh sebab wanita menghadapi risiko keganasan dalam talian berasaskan jantina yang lebih tinggi, kami telah mengambil langkah untuk menggalakkan interaksi selamat di Meta sambil wartawan dan aktivis wanita menjalankan kerja mereka yang penting.
Baca Lebih Lanjut

Pemimpin wanita
Wanita ialah bahagian yang penting dalam setiap komuniti yang berkembang pesat. Sama ada anda bertanding jawatan, seorang selebriti atau memegang jawatan kepimpinan terkemuka, kami komited untuk membantu wanita meningkatkan kehadiran dalam talian mereka dengan selamat.
Baca Lebih Lanjut
Rakan kongsi keselamatan wanita
Dengan kerjasama Penasihat Pakar Keselamatan Wanita Global Meta, kami telah membangunkan dasar, sumber dan alat untuk melindungi wanita daripada penyalahgunaan talian dan membolehkan mereka mengawal pengalaman mereka dalam talian.
Komitmen kami terhadap keselamatan wanita telah lama wujud. Tahun demi tahun, kami telah mendapatkan bantuan pakar dalam bidang ini bagi memastikan platform kami selamat untuk wanita dan telah:
Selepas bekerjasama dengan lebih 400 organisasi keselamatan wanita dan pakar di seluruh dunia, kami menubuhkan kumpulan penasihat khas. Pakar-pakar ini telah menyumbang untuk meningkatkan lagi keselamatan wanita dalam talian dan luar talian serta sudah terkenal dalam bidang ini. Kumpulan tersebut mengambil bahagian dalam mesyuarat suku tahunan kami yang dikhususkan untuk memajukan keselamatan wanita dalam talian.
Kumpulan penasihat global semasa kami termasuk: