Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Kesihatan & kesejahteraan mental

Kita semua mempunyai keperluan yang berbeza apabila bercakap tentang kesejahteraan dalam talian. Berikut ialah sumber untuk menyokong kesejahteraan digital anda untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.

Gambaran Keseluruhan

Komuniti digital yang selamat dan bersifat menyokong ialah saluran yang memberikan peluang kepada semua orang agar suara mereka didengari dan pendapat mereka dihargai. Kami amat menitikberatkan peranan kami dalam membanteras penyalahgunaan platform. Kami telah membangunkan dasar bagi memastikan teknologi kami mewujudkan ruang yang membangkitkan semangat untuk pengguna berkongsi dan berkomunikasi.

Mencari atau memberikan sokongan emosi

Di Meta, kami menyedari akan kehebatan sambungan. Kami ingin memanfaatkan potensi ini untuk menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan anda dalam talian. Dengan kerjasama pakar luar, kami telah membangunkan alat dan sumber untuk menyokong kesejahteraan digital merentasi teknologi kami, termasuk cara mengawal perbualan yang serius tentang kesihatan mental dan akses kepada sokongan pakar.

Pencegahan bunuh diri

Fahami tingkah laku bunuh diri dan tanda amaran

Bertindak balas terhadap cabaran bunuh diri

Fahami tingkah laku bunuh diri dan tanda amaran

Cara kita melayan satu sama lain dalam talian adalah penting. Kami berusaha agar para pengguna dapat memberikan sokongan antara satu sama lain semasa menghadapi kesulitan. Kami turut mencari input daripada pakar dalam pencegahan bunuh diri dan menimba ilmu daripada penyelidikan terkini supaya kami dapat membangunkan alat dan panduan berasaskan bukti.

Bertindak balas terhadap cabaran bunuh diri

Cabaran bunuh diri dalam talian amat berbahaya dan mampu memudaratkan diri sendiri dan akhirnya boleh membawa maut. Hal ini melanggar dasar kami dan kami menggesa semua orang untuk memberitahu kami dengan segera jika mereka melihat siaran ini.

Cabaran bunuh diri

Utamakan kesejahteraan digital anda

Kesejahteraan digital bermaksud mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan anda. Frasa ini juga bermaksud sentiasa mempunyai rasa empati terhadap orang lain dalam talian. Pendekatan proaktif untuk memahami dan meningkatkan kesejahteraan anda dapat membantu anda mencapai keseimbangan yang tepat bagi keperluan anda.

Sokongan kesejahteraan belia

Tabiat yang sihat amat penting untuk belia semasa mereka mempelajari cara baharu untuk melibatkan diri dalam talian. Kami memecahkan asas keselamatan dan berkongsi sumber serta alat untuk membantu golongan muda mendapatkan keseimbangan yang baik antara aktiviti dalam talian dengan luar talian, mengembangkan identiti dalam talian yang teguh dan mengurus cabaran situasi dan emosi.

Sumber Berkaitan