Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Pelajar saya membuli orang lain

Sebagai seorang guru, jika anda mampu menangani pembulian, anda juga dapat membantu semua pelajar yang terlibat dalam situasi tersebut. Ketahui cara menjadi proaktif dan menangani situasi jika salah seorang pelajar anda telah dituduh membuli.

Wujudkan perbualan terbuka dan adil.

Kanak-kanak yang membuli berbuat demikian atas pelbagai sebab. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang motif atau rasional pelajar, sila dengar dengan teliti. Cuba untuk tidak membuat andaian tentang perkara yang diperkatakan oleh pelajar anda atau membuat kesimpulan.

Suasana yang tenang dan selesa boleh membuatkan pelajar anda meluahkan perasaan mereka. Bersedia untuk perbualan bagi mengelakkan pelajar anda berasa dihakimi. Jangan gunakan bahasa yang kasar atau berbaur tuduhan. Beritahu pelajar anda bahawa anda ada untuk mereka dan anda ingin membantu mereka mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Siasat kejadian tersebut.

Buat sedikit penyelidikan supaya anda boleh menentukan tindakan terbaik. Ketahui perkara sebenar yang berlaku, tempoh pembulian itu berlaku dan sekiranya ada apa-apa yang berlaku selepas hal itu dilaporkan.

Buat temu bual dengan orang yang terlibat seperti orang yang dibuli terlebih dahulu, kemudian mana-mana saksi kejadian dan akhirnya orang (atau kumpulan) yang dituduh membuli. Sekiranya sekumpulan pelajar terlibat dalam gejala buli, pastikan mereka tidak dapat berbual antara satu sama lain semasa siasatan dijalankan.

Atasi situasi mendesak.

Sekiranya terdapat sebarang sebab untuk mempercayai bahawa seseorang pelajar itu berada dalam bahaya, laporkan kejadian dengan serta-merta kepada pihak berkuasa di sekolah anda. Pastikan pelajar yang dibuli, pembuli dan mana-mana saksi berada dalam keadaan selamat sehingga situasi itu dikendalikan oleh pihak berkuasa. Sekiranya pelajar anda berasa sangat susah hati dan menunjukkan tanda mencederakan dirinya sendiri, jangan tinggalkan mereka bersendirian. Dapatkan bantuan segera.

Buat perancangan.

Berdasarkan perkara yang anda pelajari, tentukan langkah seterusnya. Walaupun anda menentukan bahawa kejadian itu tidak perlu dilaporkan, bincangkan cara terbaik dengan pelajar anda untuk mereka meminta maaf. Jika kejadian tersebut perlu dilaporkan, lakukan apa-apa sahaja yang perlu untuk memastikan semua pihak selamat. Jika boleh, minta ahli kakitangan seperti pekerja sosial, ahli psikologi atau pengetua untuk menyokong anda dan pelajar anda.

Sampaikan dasar sekolah anda dan ingatkan pelajar anda bahawa sebarang jenis kelakuan buli tidak boleh diterima dan memudaratkan. Libatkan ibu bapa mengikut dasar sekolah anda.

Buat susulan.

Berikan sokongan berterusan tetapi jangan urus secara bersendirian. Pastikan kakitangan atau pakar lain terlibat dalam membantu anda menangani insiden tersebut.

Tanyakan khabar pelajar anda selepas beberapa hari, seminggu dan bahkan sebulan setelah situasi itu dilaporkan untuk mengetahui keadaan mereka dan tanya mereka:

  • Adakah situasi telah diselesaikan?
  • Adakah terdapat sebarang tindakan balas?
  • Adakah mereka berasa selesa di sekolah?
  • Bagaimanakah hubungan mereka dengan pelajar lain yang terlibat?

Pastikan pelajar anda mempunyai rangkaian sokongan. Mereka boleh mendapat manfaat daripada pertemuan dengan kaunselor sekolah. Susulan yang dibuat bersama ibu bapa mungkin dapat membantu.

Ketahui sama ada terdapat lebih banyak cara untuk membantu mereka mencari peluang dalam komuniti seperti program selepas sekolah atau acara kesihatan tingkah laku yang difokuskan pada belia.

Kongsi pelajaran atau sumber anti-pembulian dan galakkan hubungan yang positif. Pertimbangkan untuk mengajar kemahiran insaniah seperti kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial, pembinaan hubungan dan kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab.