
Ibu bapa dan gejala buli
Jika anda mendapat tahu anak anda dibuli atau telah membuli orang lain, amat sukar untuk mengetahui tempat – atau cara – untuk bermula. Sumber pembulian ini telah direka bentuk dengan mempertimbangkan ibu bapa.
Apakah gejala buli?
Langkah pertama untuk mengelakkan sebarang kesedihan akan datang adalah dengan memahami dan mengenal pasti tingkah laku buli. Pembulian melibatkan pembocoran maklumat peribadi, mengancam orang lain atau membuat hubungan berniat jahat yang tidak dikehendaki. Walaupun parameter yang tepat berubah-ubah, gejala buli biasanya ialah penyalahgunaan kuasa yang berterusan dan mendatangkan bahaya secara sengaja.
Di Meta, kami tidak bertolak ansur terhadap gejala buli yang menyebabkan orang berasa tidak selamat dan dihina. Kami turut menyedari bahawa pembulian dan gangguan mampu memberikan lebih banyak kesan emosi terhadap golongan bawah umur. Itulah sebabnya dasar kami menyediakan lebih banyak perlindungan untuk pengguna yang berumur antara 13 hingga 18 tahun.
Anak saya dibuli.
Jika anak anda terkesan akibat gejala buli, langkah pertama adalah mendengar tanpa bersikap menghakimi. Pastikan mereka tahu bahawa meskipun perasaan dibuli itu kurang menyenangkan, itu bukan salah mereka. Bergantung pada situasi, anda boleh membantu mereka membuat pelan tindakan untuk mengelakkan serangan selanjutnya.
Anak saya membuli orang lain.
Jika anda mendapat tahu bahawa anak anda telah membuli orang lain, sentiasa ingat untuk terus bersikap terbuka semasa mendengar luahan hati mereka. Anak anda perlu berasa selamat dari segi emosi untuk bersikap jujur yang merupakan kunci bagi memahami situasi tersebut. Maklumkan kepada mereka kesan membuli dan bantu mereka untuk mencari penyelesaian.