Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Anak saya dibuli

Jika anak anda dibuli, langkah pertama untuk membantu adalah dengan menjadi pendengar yang banyak menolong dan prihatin. Berikut ialah petua bagi mewujudkan perbualan bermakna dan sumber untuk membantu anda dan anak anda menangani gejala buli.

Bersedia untuk berbual.

Sama ada anak anda mendekati anda–atau anda membangkitkan kebimbangan berdasarkan syak wasangka anda–berbincanglah dengan penuh hormat. Mulakan dengan memilih masa dan ruang yang sesuai untuk berbual.

Ambil serius tentang keadaan anak anda dan berikan tumpuan terhadap perkara yang mereka kongsikan dengan anda. Perasaan anda mudah berjangkit, jadi berusahalah sedaya upaya untuk kekal tenang, walaupun anda perlu berhenti seketika sebelum memberikan respons.

Peranan anda adalah untuk meredakan situasi dan jika boleh, membantu untuk memulihkan perhubungan yang positif.


Berbincang tentang masalah tersebut.

Apabila anak anda sedang berbicara, dengar dengan sabar dan tanpa penghakiman. Elakkan daripada membuat kesimpulan atau menyalahfahami mereka. Pastikan nada anda stabil dan tenang. Elakkan daripada menyalahkan anak anda atau berkata kasar.

Bersikap menghakimi atau suka mengkritik tindakan yang terjadi sebelum buli boleh menyebabkan anak anda menjauhkan diri. Elakkan daripada membuat perjanjian yang tidak dapat anda tepati, tetapi berikan jaminan kepada anak anda bahawa anda ingin membantu mereka mendapatkan penyelesaian yang berkesan.

Anda juga mungkin mendapati bersikap terbuka sentiasa dapat membantu jika anda pernah dibuli. Kisah masa kecil anda dapat mendorong mereka untuk menceritakan perkara yang berlaku dan perasaan mereka tentang perkara tersebut.

Sekiranya anak anda benar-benar susah hati, menunjukkan tanda memudaratkan dirinya sendiri atau bunuh diri--atau mengugut akan membahayakan orang lain--maka segera dapatkan bantuan. Jangan biarkan anak anda bersendirian jika mereka ada kecenderungan untuk membunuh diri. Hubungi pakar seperti kaunselor sekolah atau doktor anak anda atau talian bantuan.

Terokai penyelesaian bersama-sama.

Sebaik sahaja anda memahami dengan jelas tentang perkara yang sedang berlaku, tanya anak anda tentang perkara yang ingin mereka lakukan dan cara anda boleh membantu. Daripada memberitahu mereka perkara yang perlu dilakukan, cadangkan penyelesaian dan dorong mereka untuk mencari cara untuk maju ke hadapan. Anak anda harus mempercayai dan merasakan bahawa mereka diperlukan dalam rancangan agar usaha itu berhasil.

Sekiranya individu yang membuli bersekolah di tempat yang sama dengan anak anda, berbincanglah dengan kaunselor atau pengetua. Jika mereka menggunakan platform dalam talian untuk menyasarkan anak anda, laporkan kandungan yang menyinggung perasaan kepada penyedia.

Sekiranya situasi benar-benar serius atau anak anda diugut, bertindaklah dengan segera. Keselamatan anak anda perlu diutamakan.

Jika pembulian berlaku di media sosial, gunakan alat keselamatan kami untuk mengehadkan interaksi yang tidak dikehendaki. Ketahui lebih lanjut tentang alat yang tersedia merentasi teknologi kami dan cara menggunakan alat tersebut.

Kami tidak bertolak ansur dengan pembulian di Meta. Anda boleh melaporkan kandungan yang berbahaya pada bila-bila masa. Kami mempunyai pasukan yang menyemak laporan pembulian dan gangguan 24/7.