Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Petua Pencegahan Buli

Dengan kerjasama Persatuan Pencegahan Buli Antarabangsa, kami telah membangunkan sumber sebagai panduan untuk menangani situasi buli, sama ada anda pernah dibuli, menyaksikan kejadian buli atau ingin mengetahui cara mencegah kejadian buli.

Pencegahan Buli untuk Remaja

Tanpa mengira umur anda, anda boleh memainkan peranan penting untuk mencegah kejadian buli. Gunakan strategi ini untuk menghentikan atau mencegah buli daripada berlaku:

  • Sentiasa libatkan diri. Galakkan orang untuk bercakap tentang kepelbagaian. Bersuara dan berikan sokongan padu apabila anda melihat seseorang sedang dibuli.
  • Jangan balas mesej dalam talian. Jangan terlibat atau majukan mesej yang menyakitkan hati kepada orang lain.
  • Beritahu orang dewasa yang dipercayai. Jika anda menyaksikan insiden buli, beritahu seseorang di rumah atau di sekolah supaya ada orang dewasa yang tahu tentang kejadian tersebut
  • Cuba campur tangan dalam kejadian buli itu. Beritahu pembuli secara berhemat supaya berhenti membuli tanpa membahayakan diri anda dan orang lain serta dapatkan bantuan orang dewasa

Pencegahan Buli untuk Penjaga

Pencegahan buli bermula dengan bercakap dengan anak anda tentang tingkah laku dalam talian mereka. Galakkan mereka agar berbual dengan anda setiap kali kejadian berlaku dan dengarkan luahan hati mereka supaya mereka tahu mereka boleh berkongsi dengan anda.

Buat peraturan dalam talian bersama-sama dengan anak anda supaya mereka dapat memberikan input dan cenderung untuk mematuhi peraturan itu. Anda juga boleh menetapkan sempadan dengan anak anda menggunakan kawalan ibu bapa dan memantau aktiviti dalam talian mereka. Di Meta, kami terus melabur dalam alat penyeliaan yang direka untuk menyokong penjaga dan remaja dalam bentuk VR dan pada Instagram.

Jika anak anda menyatakan bahawa mereka dibuli, berikan perhatian yang serius. Buli dalam talian dan fizikal mempunyai kesan jangka panjang. Berikan respons dengan nada bertenang dan yakinkan mereka bahawa anda akan membantu mereka.

Pencegahan Buli untuk Pendidik

Buli dalam bilik darjah dapat dihentikan dengan bersikap proaktif. Terangkan kepada pelajar dan penjaga dengan jelas bahawa gejala buli tidak boleh diterima dan membawa mudarat. Kongsikan dasar sekolah anda tentang buli dengan kerap, selang-selikan topik ini dalam perbincangan bilik darjah dan jadikan sebagai sebahagian daripada tugasan untuk mengingatkan pelajar bahawa terdapat dasar yang diwujudkan untuk melindungi kesejahteraan mereka.

Utamakan Keselamatan Fizikal

Jika anda menyaksikan kejadian buli, keutamaan terpenting ialah keselamatan fizikal. Anda tidak boleh mencelah di antara si pembuli dengan mangsa buli. Sebaliknya, dapatkan bantuan segera. Jika buli berlaku secara lisan, anda boleh berdiri di tengah-tengah si pembuli dan sasaran buli untuk menghalang hubungan mata dan meredakan keadaan.

Tunjukkan Sokongan

Jika anda melihat seseorang dibuli, terdapat beberapa cara anda boleh menunjukkan sokongan, walaupun anda tidak dapat mencelah dan mencegah buli itu. Selain menggalakkan mangsa buli agar mendapatkan bantuan, anda boleh:

  • Beritahu mereka bahawa anda rakan mereka. Tanya mereka cara anda dapat membantu dan jika mereka mahu anda membantu mereka mencari seseorang untuk meluahkan perasaan
  • Hantar mesej dan tunjukkan bahawa anda mengambil berat dan bersimpati akan keadaan mereka. Anda boleh menunjukkan contoh dengan menyiarkan komen positif dan menggalakkan orang lain agar melakukan hal yang sama
  • Berganding bahu dengan orang lain yang menyokong mangsa buli

Cara lain untuk menunjukkan sokongan kepada orang yang dibuli adalah dengan memadamkan mesej negatif dalam talian. Tanya diri anda jika siaran anda telah memburukkan lagi keadaan atau menyebabkan orang lain terluka. Jika anda tidak pasti, kandungan itu tidak sepatutnya disiarkan atau perlu diturunkan.

Menangani buli dan gangguan pada Meta

Kami memandang serius isu buli dan gangguan. Kami mencipta sumber dan alat baharu serta menyemak dasar dengan bantuan pakar untuk terus menangani isu ini. Kami mempunyai pasukan yang menyemak laporan tentang buli dan gangguan 24/7 dalam lebih 50 bahasa. Jika anda melihat jenis kandungan berunsur gangguan ini, laporkan dengan segera.