Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Hentikan peras ugut seks – pendidik

Anda memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Apabila ancaman baharu muncul, kita perlu sentiasa peka akan sohor kini. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu pelajar anda mengelakkan diri daripada berada dalam situasi seperti peras ugut seks.


Langkah anda seterusnya: Ketahui lebih lanjut dan berbincang tentang hal tersebut.

Fahami isu.

Peras ugut seks adalah apabila seseorang dalam talian mengancam untuk berkongsi imej atau video eksplisit (bogel atau seksual). Permintaan ini biasanya termasuk menghantar wang melalui aplikasi, mengambil lebih banyak gambar atau video bogel atau seksual, atau lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang. Ancaman ini datang daripada pelbagai jenis orang, sebagai contoh, orang asing yang anda temui dalam talian, seseorang yang berpura-pura menjadi orang lain dalam talian dan pasangan romantis atau seksual yang lalu.

Beberapa petanda bahawa sesuatu mesej mungkin berunsur peras ugut seks adalah: orang itu berkata "Saya akan menunjukkan kepada anda kepunyaan saya, jika anda berbuat demikian", orang itu berpura-pura daripada agensi pemodelan dan meminta gambar, orang itu menggunakan foto yang telah diubah suai menggunakan photoshop untuk kelihatan nyata, orang itu ingin membina hubungan romantis dengan cepat, atau mereka menggunakan berbilang identiti (palsu) untuk menghubungi anda. Jika kedengaran seperti ada udang di sebalik batu, percayai naluri anda.

Tentukan cara anda akan menangani luahan hati.

Sebagai orang dewasa yang dipercayai, pelajar boleh datang kepada anda jika mereka mempunyai masalah berkaitan dengan peras ugut seks. Sebelum keadaan ini menjadi semakin teruk, pastikan anda memahami undang-undang dan dasar sekolah anda berkenaan dengan pelaporan. Keutamaan pertama adalah untuk memastikan para pelajar selamat dan ini memerlukan tindakan yang berbeza bergantung pada keadaan.

Menghasilkan skrip untuk membimbing perbualan.

Sesetengah pendidik mencipta skrip untuk membimbing perbualan dan memastikan pelajar menyedari implikasi daripada percakapan mereka.

Berikut ialah panduan untuk membantu anda bermula: “Terima kasih kerana mempercayai saya. Saya tahu anda ingin berkongsi sesuatu yang sukar diungkapkan. Saya di sini sedia untuk mendengar dan membantu, bukan menghakimi. Saya ingin memastikan anda selamat, tetapi anda perlu tahu bahawa saya dikehendaki melaporkan kepada [orang atau entiti tertentu] jika anda memberitahu saya apa-apa tentang [isu pelaporan mandatori]. Oleh itu, saya hanya akan bercakap dengan orang tertentu sahaja dan kita boleh berbincang tentang orang tersebut. Sekiranya anda tidak mahu, mari kita berbincang tentang insan lain dalam hidup anda yang boleh membantu anda sekarang.”

Petua pro: Bercakap dengan pendidik lain tentang keselamatan dalam talian. Anda baru sahaja menimba banyak maklumat yang sangat berharga untuk difahami oleh guru lain. Tambahan pula, semakin konsisten para pendidik bertindak balas terhadap isu-isu ini, semakin kurang kekeliruan para pelajar.

Bercakap dengan pelajar tentang keselamatan dalam talian dan alat pelaporan.

Perbincangan topik seperti ini di dalam bilik darjah boleh membantu golongan muda belajar cara untuk kekal selamat dalam talian. Anda boleh berkongsi Video Hentikan Peras Ugut Thorn. Pastikan anda menerangkan undang-undang pelaporan mandatori di negeri anda supaya pelajar tidak terkejut dengan segala akibat yang berlaku ketika berkongsi pengalaman mereka.

Beritahu pelajar cara membuat laporan jika mereka mengalami peras ugut seks. Untuk mengetahui cara melaporkan kandungan, lawati pusat bantuan kami untuk Facebook dan Instagram. Ajar mereka tentang Take It Down, yang merupakan perkhidmatan percuma untuk mencegah penyebaran sebarang imej atau video intim diri mereka sendiri. Laporan kekal sulit dan tanpa nama.

Anda atau pelajar juga boleh menghubungi talian penting tempatan menerusi Rangkaian InHope untuk membuat laporan atau mendapatkan bantuan.

Hadirkan diri anda tanpa syarat.

Golongan muda yang mengalami peras ugut seks berasa takut ditimpa masalah. Mereka mungkin bimbang kerana tindakan mereka mungkin akan memalukan ibu bapa mereka, mereka mungkin akan digantung sekolah, dikritik oleh rakan atau menghadapi masalah dengan pihak polis. Malah, ketakutan ini boleh dimomokkan oleh si pemeras ugut untuk mengongkong mereka dan yang menyedihkan, perkara ini memang berlaku. Ketakutan ini mengakibatkan golongan muda tidak berani untuk mempertahankan diri mereka. Walaupun anda fikir mereka tahu anda akan menyokong mereka, memberitahu mereka bahawa anda akan sentiasa ada di sisi mereka mampu memberikan sinar harapan kepada mereka untuk berkongsi segala pengalaman mereka dengan anda apabila ada sesuatu masalah berlaku.

Beritahu pelajar: jangan majukan sebarang gambar.

Gambar dan video bogel sedang tular di sekolah. Komponen utama dalam memastikan pelajar anda dan orang lain selamat adalah dengan membantu mereka memahami bahawa walaupun perkara ini telah berlaku, namun ini bukan tindakan yang wajar. Berkongsi imej intim seseorang tanpa persetujuan adalah bertentangan dengan peraturan syarikat media sosial dan juga boleh melanggar undang-undang tempatan. Mereka hendaklah digalakkan untuk tidak mengambil bahagian dalam tingkah laku ini dan mendorong mereka untuk memberikan teguran sekiranya mereka melihat tindakan sedemikian.