Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda dituduh membuli

Jika seseorang memanggil anda pembuli, maksudnya tindakan anda tidak betul. Dengan mengakui tingkah laku negatif dapat memupuk integriti dan kebertanggungjawapan. Pertimbangkan situasi ini sebagai peluang untuk memperbaiki hubungan dengan mereka yang mungkin telah anda sakiti.

Ketahui cara meminta maaf kerana membuli.

Cara terbaik untuk meminta maaf adalah dengan keikhlasan. Luangkan masa untuk merenung kembali kata-kata dan kelakuan anda serta sebab orang lain berasa kecewa. Jika anda tidak pasti tentang sebab percakapan anda telah menyinggung perasaan, minta maaf dan mohon penjelasan. Beritahu orang itu bahawa anda akan lebih berhati-hati dan tidak akan mengulangi tingkah laku buli itu lagi.

Jika anda berasa takut untuk meminta maaf atau tidak selesa untuk membaiki perhubungan itu, minta panduan daripada orang dewasa atau rakan yang dipercayai.

Bersabarlah.

Jangan harap anda dimaafkan dengan segera. Orang lain mungkin memerlukan masa untuk memaafkan anda. Atau mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk mempercayai anda.

Ubah tingkah laku anda.

Berikan masa dan ruang kepada orang yang anda sakiti dengan memberikan tumpuan untuk memperbaiki tingkah laku anda. Perhatikan percakapan atau tindakan anda yang mampu mempengaruhi orang lain. Sentiasa hormati diri anda sendiri dan orang lain.

Jika anda menyaksikan seseorang dibuli, ambil langkah untuk campur tangan atau menyokong orang yang menjadi sasaran.