Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Petua untuk mengelakkan penipuan

Kami menyedari impak penipuan terhadap orang ramai dan kami terus melabur untuk melindungi pengguna kami. Hal ini termasuklah mengemas kini sistem sokongan kami dan menyingkirkan penipu.

Kekal selamat daripada penipuan

Berikut ialah perkara yang perlu diberikan perhatian dan cara kekal selamat daripada penipu:

Bertenang dan periksa sebelum melibatkan diri.

Kenal pasti sebarang tingkah laku yang mencurigakan sebelum menerima permintaan menjadi rakan atau membalas mesej. Jika seseorang mendakwa sebagai rakan atau saudara yang berada dalam kecemasan, atau meminta anda bayaran pendahuluan untuk menerima pinjaman, hadiah atau kemenangan lain, kekal tenang, jangan terlibat dan ingat, anda sentiasa mempunyai pilihan untuk melaporkan mereka ke Facebook dan Instagram.

Pemeriksaan mengejut.

Penipu sering cuba menarik orang ramai untuk bertindak dengan cepat. Jika anda mendapat e-mel atau mesej mencurigakan yang mendakwa daripada Meta atau syarikat dan institusi sah lain, tentu sahkan pengirim dan jangan klik sebarang pautan atau lampiran. Anda boleh menentusahkan sama ada e-mel datang daripada Meta dalam tetapan anda di Facebook dan Instagram.

Jangan berkongsi butiran peribadi.

Tanamkan rasa curiga sebelum memasuki media sosial anda atau log masuk dan kata laluan dalam talian lain apabila seseorang meminta anda untuk masuk. Sentiasa berhati-hati apabila aplikasi pihak ketiga baharu yang baru anda muat turun menghendaki anda mengelog masuk dengan akaun Facebook sebelum anda boleh menggunakan kefungsian aplikasi tersebut. Jangan berkongsi permintaan daripada akaun tidak dikenali yang meminta kata laluan, nombor keselamatan sosial, kad kredit atau butiran kewangan anda yang lain. Laporkan mereka kepada Facebook dan Instagram.

Petua keselamatan

Seperti biasa, kami amat mengesyorkan agar anda mendayakan isyarat tentang log masuk yang tidak dikenali dan menghidupkan pengesahan dua faktor untuk meningkatkan keselamatan akaun anda.

Cara melaporkan penipuan

Jika anda rasa anda berhadapan dengan penipuan pada platform kami, sila laporkan kepada kami dengan mengklik butang 'Laporkan siaran' atau 'Laporkan foto'.

Sumber

Facebook

Dalam usaha memastikan akaun Facebook anda selamat dan dilindungi daripada komplot penipuan, lihat sumber dalam talian kami.

Instagram

Lawati laman keselamatan Instagram bagi mengetahui cara melaporkan kandungan dan cara lain untuk melindungi diri anda.

WhatsApp

Untuk mengetahui lebih banyak petua tentang cara kekal selamat di WhatsApp, lihat sumber dalam talian kami.