Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Lindungi maklumat peribadi

Apabila anda berkongsi kandungan pada teknologi Meta, anda mengawal maklumat yang boleh dilihat oleh rakan anda dan orang ramai. Terpulang kepada anda untuk memutuskan orang yang boleh melihat kandungan anda.

Semakan Privasi

Usaha melindungi maklumat anda bermula dengan memahami cara anda boleh menggunakan tetapan privasi dan keselamatan untuk menyesuaikan perkongsian anda. Tempat yang baik untuk bermula ialah Pemeriksaan Privasi Facebook, yang membimbing anda melalui beberapa tetapan privasi dan keselamatan anda untuk memastikan bahawa anda berkongsi dengan orang yang anda mahu melihat kandungan anda.

Berikut ialah sumber tambahan untuk mengurus tetapan privasi anda merentasi teknologi Meta.

Kemas kini siaran dan status

Setiap kali anda mengemas kini status anda, berkongsi foto atau menyiarkan kandungan di Facebook, anda boleh memilih orang yang melihat perkara yang anda kongsi dengan menggunakan alat pemilih penonton. Anda boleh berkongsi kandungan anda dengan semua orang, hanya rakan anda atau pun dengan penonton tertentu. Pada bila-bila masa anda menyiarkan kandungan pada profil orang lain, orang itu mengawal orang yang boleh melihat siaran itu. Di samping itu, sesiapa yang ditag dalam siaran anda serta rakan mereka boleh melihat siaran tersebut.

Di Instagram, anda boleh membenarkan sesiapa sahaja mengikuti anda, atau memerlukan kelulusan anda untuk pengikut baharu. Orang yang mengikuti satu sama lain boleh mengetag satu sama lain dan melihat siaran satu sama lain.

Pengetagan

Pilihan semakan tag dan garis masa membantu anda mengawal orang yang melihat perkara yang anda siarkan dan siaran yang muncul pada profil anda.

Semakan tag membenarkan anda meluluskan atau membuang tag yang orang tambah pada siaran anda. Apabila anda menghidupkan semakan tag, jika seseorang mengetag sesuatu yang anda siarkan, tag tidak akan muncul sehingga anda memberikan kelulusan.

Semakan garis masa membolehkan anda memilih sama ada siaran yang ditag dengan nama anda terpapar pada profil anda. Jika anda ingin menyemak semua siaran (termasuk siaran rakan) sebelum dipaparkan pada profil anda, anda perlu menghidupkan semakan garis masa. Jika seseorang yang bukan rakan anda mengetag anda dalam siaran, anda akan digesa secara automatik untuk membuat semakan bagi dipaparkan pada profil anda walaupun Semakan Garis Masa tidak dihidupkan.

Maklumat profil

Berhati-hati dengan cara profil anda kelihatan kepada pelawat halaman anda. Ketahui rupa profil anda kepada umum atau kepada orang tertentu.