Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Kekal selamat

Kami ambil berat tentang keselamatan komuniti global kami. Alat kami boleh mengekalkan keselamatan akaun dan melindungi privasi anda.

Gambaran Keseluruhan

Pengalaman anda pada teknologi Meta sepatutnya selamat dan dilindungi. Jika anda melihat sesuatu yang bertentangan dengan Standard Komuniti kami, maklumkan kepada kami. Berhati-hati apabila anda berkongsi maklumat dengan orang lain dan ingat bahawa anda boleh nyahrakan atau sekat seseorang jika mereka menganggu anda.

Perkongsian

Setiap hari, orang di seluruh dunia berkongsi kandungan pada teknologi Meta yang menghasilkan idea, peluang, persahabatan dan kolaborasi yang baharu dan menakjubkan.

Adalah penting untuk menjadi bertimbang rasa tentang cara dan perkara yang anda kongsikan. Pertimbangkan khalayak anda dan ingat bahawa perkara yang anda kongsikan dengan rakan dan pengikut anda akhirnya boleh dikongsikan dengan orang lain. Kami memudahkan anda membuat keputusan orang yang boleh melihat kandungan yang dikongsikan dan kami mempunyai dasar keselamatan yang melarang kandungan yang berunsur kebencian, ganas atau eksplisit secara seksual.

Sebelum anda berkongsi, tanya diri anda:

  • Bolehkah seseorang menggunakan kandungan ini untuk menyakiti saya?
  • Adakah saya akan susah hati jika seseorang berkongsi kandungan ini dengan orang lain?
  • Apakah perkara terburuk yang boleh terjadi jika saya berkongsi kandungan ini?

Menjadi rakan dan mengikuti

Teknologi Meta merupakan tempat untuk berhubung debgan orang dan tujuan yang anda prihatin. Sebelum mengikuti atau menerima seseorang sebagai rakan, lihat profil orang itu. Adakah anda pernah bertemu mereka? Adakah anda mempunyai rakan yang sama? Adakah mereka seseorang yang anda ingin dalam komuniti peribadi anda?

Nyahikut dan nyahrakan

Apabila anda nyahikut seseorang, anda tidak akan melihat siaran mereka dalam suapan anda. Di Facebook, anda masih menjadi rakan dengan mereka apabila anda menyahikut.

Jika anda memilih untuk menyahrakan seseorang, Facebook tidak akan memaklumkan orang itu tetapi anda akan dikeluarkan daripada senarai rakan mereka.

Menyekat

Anda juga boleh menyekat seseorang untuk menyahrakan mereka. Ini akan menghalang mereka daripada memulakan perbualan dengan anda di sembang Messenger atau Facebook atau melihat perkara yang anda siarkan pada profil anda. Tambahan lagi, orang yang anda sekat tidak lagi boleh mengetag atau menjemput anda ke acara atau kumpulan.

Penyekatan adalah timbal balik, oleh itu anda juga tidak akan melihat perkara mereka siarkan atau memulakan perbualan dengan mereka. Apabila anda menyekat seseorang, kami tidak memaklumkan perkara ini kepada mereka.

Anda boleh berhenti menerima mesej WhatsApp, panggilan atau kemas kini status daripada kenalan tertentu dengan menyekat mereka.

Mengehadkan akaun

Senarai terhad anda adalah untuk orang yang anda tambahkan sebagai rakan di Facebook tetapi mungkin tidak mahu berkongsi segalanya. Apabila anda menambah seseorang ke Senarai terhad anda, anda masih menjadi rakan mereka, tetapi mereka hanya boleh melihat maklumat awam anda (cth: maklumat siaran dan profil yang anda pilih untuk dijadikan awam) dan siaran yang anda tag nama mereka.

Di Instagram, jika anda mengehadkan seseorang, mereka tidak akan dapat melihat apabila anda berada dalam talian atau jika anda telah membaca mesej mereka. Komen baharu mereka pada siaran anda hanya akan kelihatan pada mereka. Anda boleh memilih untuk melihat komen dan kemudian meluluskan, memadam atau mengabaikan komen tersebut. Anda tidak akan menerima sebarang pemberitahuan untuk komen akan datang daripada orang itu.

Urus komen

Gunakan alat privasi dan keselamatan untuk mengawal komen pada siaran anda. Anda boleh melaraskan orang yang boleh memberi komen pada siaran anda: orang awam, hanya rakan anda atau hanya profil dan halaman tertentu. Untuk mempromosikan perbualan yang selamat dan bermakna dengan komuniti anda serta mencegah gangguan, anda boleh menyembunyikan komen mengandungi perkataan tertentu. Menggunakan penapis perkataan kesat pada Halaman anda akan membantu anda menyembunyikan perkataan dan frasa yang paling biasa dilaporkan yang ditandakan sebagai menyinggung perasaan oleh komuniti.

Laporkan penyalahgunaan

Kami menyertakan pautan pada hampir setiap bahagian kandungan untuk melaporkan penyalahgunaan, buli, gangguan dan isu lain. Pasukan global kami bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, untuk membuat semakan kandungan yang anda laporkan. Kami mengeluarkan apa-apa yang melanggar dasar kami.

Di Facebook, jika anda telah melaporkan sesuatu, anda mempunyai pilihan untuk menyemak status laporan anda daripada Peti Masuk Sokongan. Hanya anda boleh melihat Peti Masuk Sokongan anda. Kami tidak memasukkan sebarang maklumat tentang orang yang memfailkan laporan apabila kami menghubungi pemegang akaun yang bertanggungjawab tersebut.