Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Kesejahteraan digital

Cara kita meluangkan masa dalam talian boleh mempengaruhi perasaan kita di luar talian. Di sini terdapat beberapa cara untuk membantu mengutamakan kesejahteraan digital anda.

Apakah itu kesejahteraan digital?

Kesejahteraan digital adalah berkaitan tentang kekal selamat dan peka terhadap pengalaman dalam talian anda. Ini termasuk meneroka bahagian identiti anda melalui berhubung dengan orang ramai secara positif merentasi internet. Atau menggunakan platform anda untuk mempengaruhi perubahan dalam komuniti anda. Asas kesejahteraan digital ialah meninggalkan jejak digital yang baik setiap kali anda membuat siaran atau melibatkan diri dalam talian.

Di Meta, kami mengutamakan kesejahteraan digital untuk semua orang yang menggunakan teknologi kami. Kami berunding dengan pakar luar dalam bidang kesihatan digital untuk membantu kami berinovasi dengan penuh tanggungjawab dan niat yang jelas. Itu sebabnya kami menganjurkan sidang kemuncak global dan mencipta sumber yang menggalakkan belia untuk menggunakan platform teknologi bagi memupuk kebaikan yang lebih besar.

Cara mengutamakan kesejahteraan digital.

Tabiat digital yang baik amat penting untuk mewujudkan dan mengekalkan kesejahteraan digital. Sebagai contoh:

  • Memimpin melalui teladan apabila membuat siaran. Siarkan dengan jujur, dan apabila mengetag orang lain, lakukan dengan cara yang berhemah dan inklusif.
  • Pupuk interaksi sihat dalam talian. Pastikan rangkaian anda terhad kepada mereka yang anda tahu akan saling menghormati. Bisukan, nyahikut atau sekat sesiapa sahaja yang melakukan siaran atau interaksi yang membuatkan anda tidak selesa.
  • Pertimbangkan mengisi suapan anda dengan pemegang atau hashtag yang memberi inspirasi, mendidik atau memaklumkan anda.
  • Jika anda ibu bapa kepada remaja yang menggunakan Instagram, lawati panduan kami untuk membantu anak anda menavigasi aplikasi tersebut dengan selamat.

Imbangkan dan urus masa skrin.

Pendekatan yang sihat terhadap penggunaan digital adalah keseimbangan. Di bawah terdapat beberapa taktik yang anda boleh gunakan untuk mengawal jumlah masa yang diluangkan oleh anda atau anak remaja anda dalam talian.

  • Jejak penggunaan anda dan tetapan had masa pada aplikasi anda. Bergantung pada peranti anda, anda boleh berbuat demikian secara terus melalui Facebook dan Instagram.
  • Kekal berhubung berbanding menatal Suapan anda secara pasif. Sama seperti keadaan sebenar, berinteraksi dengan orang yang anda ambil berat boleh membawa manfaat. Memerhatikan orang daripada jauh boleh membuatkan diri anda berasa lebih teruk.
  • Ingat bahawa tidak semua masa skrin adalah sama. Perkara ini juga benar bagi golongan belia kerana sesetengah permainan dan aktiviti dalam talian boleh memberi manfaat kepada perkembangan mereka.
  • Tentukan masa atau sama ada anda ingin diberikan pemberitahuan dan tujuan pemberitahuan itu. Anda boleh menyesuaikan jenis pemberitahuan yang anda terima daripada kumpulan atau Halaman.

Gunakan alat digital untuk menambah baik kesejahteraan.

Alat kesejahteraan digital membenarkan anda mengambil pendekatan proaktif untuk kesejahteraan anda. Di sini terdapat beberapa titik permulaan:

  • Terokai panduan di Instagram. Kami melancarkan ciri ini supaya pencipta boleh berkongsi nasihat untuk mengutamakan kesejahteraan dengan mudah, mengekalkan hubungan dan menguruskan kebimbangan atau kehibaan.
  • Manfaatkan ciri privasi merentas platform yang anda gunakan. Rasa selamat ialah kunci kepada kesihatan keseluruhan anda, sama ada dalam talian mahupun di luar talian.
  • Gunakan manfaat kesihatan dalam aplikasi seperti bot sembang Amaran Kesihatan WHO di WhatsApp. Bot ini berkongsi kemas kini kesihatan, serta sumber kesejahteraan seperti senaman untuk membantu anda kekal tenang dan mengurangkan tekanan.
  • Jika anda ibu bapa kepada remaja di Instagram, lawati panduan kami untuk membantu anda menavigasi platform dengan selamat.

Sokong kesejahteraan digital keluarga anda.

Kesejahteraan digital ialah sebahagian daripada hubungan keseluruhan keluarga anda dengan platform dalam talian. Untuk nasihat bersandarkan pakar tentang penggunaan media mengikut kumpulan umur kanak-kanaka, lihat panduan kami yang dibangunkan bersama Makmal Kesejahteraan Digital di Hospital Kanak-Kanak Boston yang menangani pelbagai kebimbangan kesihatan berkaitan media. Setiap bahagian termasuk petua boleh diambil tindakan untuk senario biasa, dilengkapi dengan konteks berasaskan sains.