Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Bekerjasama dengan pakar di seluruh dunia untuk menyokong komuniti global

Meta kerap bertemu dengan pakar global yang membimbing usaha serta alat kami bagi menyokong komuniti kami.

Penglibatan pakar

Di Meta, usaha kami yang berkaitan dengan bunuh diri dan pencederaan diri diterajui oleh pemimpin kesihatan mental global dalam bidang ini. Kami terus bergantung dan mendapatkan bimbingan pakar pencegahan bunuh diri untuk membantu kami memahami isu kandungan bunuh diri dan pencederaan diri yang rumit serta pendekatan terbaik untuk membendung masalah ini. Para pakar dari lebih 20 buah negara ini membantu kami membangunkan dan mengembangkan dasar kami untuk memastikan dasar ini sejajar dengan penyelidikan semasa tentang bunuh diri, tatkala kami mengusahakan yang terbaik untuk menawarkan sokongan kepada komuniti kami.

Rundingan yang kerap ini telah membawa beberapa perubahan:

  • Kami mengembangkan dasar pencederaan diri, maka tiada imej potongan grafik yang ditunjukkan, walaupun seseorang sedang mencari sokongan atau bercakap tentang pengalaman mereka sendiri.
  • Kini, dasar kami mengharamkan kandungan berunsur pencederaan diri atau bunuh diri fiksyen seperti meme dan ilustrasi serta kandungan yang mengandungi kaedah atau bahan.
  • Kami memaparkan skrin sensitiviti di hadapan luka pencederaan diri yang telah sembuh bagi mengelakkan penganjuran pencederaan diri
  • Kini lebih sukar untuk mencari kandungan seperti ini pada aplikasi Meta, namun kami masih membenarkan orang ramai berhubung melalui platform Meta untuk menyokong pemulihan mereka.
  • Kami telah mengambil langkah menangani isu gangguan makan yang rumit pada platform kami dan mengembangkan pengelas kami dalam aspek ini. Teknologi proaktif ini juga memberi kami keupayaan untuk menghantar sumber sokongan kepada orang yang menyiarkan kandungan.