Dasar dan Alat Keselamatan
Keselamatan ialah perbualan dan tanggungjawab yang kita kongsi bersama. Ketahui cara Meta menggunakan pendekatan terhadap keselamatan dan pelajari tentang alat dan sumber yang tersedia untuk anda.
Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian
Ketahui tentang pendekatan komprehensif Meta terhadap keselamatan kanak-kanak di seluruh teknologi kami, termasuk usaha kami untuk memerangi eksploitasi dalam talian terhadap kanak-kanak.
Kesihatan & Kesejahteraan Mental
Kesejahteraan dalam talian menjadi semakin penting untuk keseluruhan kesejahteraan. Ketahui tentang alat dan sumber yang dapat menyokong kesejahteraan digital untuk diri sendiri, keluarga anda dan orang lain dalam komuniti anda.
Pembulian & Gangguan
Meta menganggap laporan tentang pembulian dan gangguan serius. Ketahui alatan dan sumber yang disokong oleh pakar tentang pencegahan buli dan penyalahgunaan imej intim.
Literasi Digital
Meta mempunyai sumber literasi digital yang membantu pelajar memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang mereka perlukan untuk berkembang maju dalam dunia digital. Ketahui sumber yang disesuaikan secara serantau untuk belia, ibu bapa dan pendidik.
Penyalahgunaan Imej Intim dan Peras Ugut Seks
Meta melarang sama sekali perkongsian imej intim tanpa persetujuan (NCII). Jika anda menjadi mangsa seseorang yang berkongsi imej peribadi anda—atau seseorang mengancam mahu berbuat demikian—halaman ini menerangkan cara mengambil tindakan segera.
Penyalahgunaan Dadah
Sumber ini adalah untuk mereka yang sedang mencari bantuan dan maklumat tentang pencegahan dan pemulihan dan dihasilkan dengan kerjasama Partnership to End Addiction dan Song for Charlie.

Pencegahan bunuh diri — bantuan untuk rakan

Kami amat mengambil berat tentang keselamatan dan kesejahteraan anda merentasi platform kami. Kami menggalakkan anda memainkan peranan aktif dalam kesihatan rakan anda dan kami telah bekerjasama dengan pakar pencegahan bunuh diri untuk menawarkan bantuan dan sokongan kepada komuniti Meta.

Mengetahui perkara yang hendak dikatakan

Jika anda bimbang rakan anda berisiko membunuh diri, hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan. Jangan tunggu. Sekiranya anda bimbang akan rakan yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri atau mereka telah memberitahu anda bahawa mereka mempunyai pemikiran cenderung untuk membunuh diri, anda mungkin sukar untuk berkata-kata. Jadilah pendengar yang baik, teruskan perbualan dan galakkan rakan anda bercakap dengan pakar penjagaan kesihatan yang dipercayai. Hubungi rakan anda dan tanya khabar mereka dengan kerap.

Perkara yang perlu dicari

Bunuh diri adalah kompleks dan dipengaruhi oleh banyak faktor. Di Meta, kami telah bekerja dengan pakar pencegahan bunuh diri untuk memahami cara terbaik bagi menyokong seseorang yang mempunyai kecenderungan membunuh diri. Petua ini datang daripada Barisan hadapan: Inovasi dalam Pencegahan Bunuh Diri.

  • Perhatikan tanda amaran tidak berminat atau frasa seperti "Saya mahu menghilang" atau "Saya mahu tamatkan semua ini." Frasa ini mungkin menunjukkan perasaan putus asa.
  • Anda perlu bersikap empat dan mendengar dengan sepenuh perhatian. Jangan tawarkan penyelesaian, tetapi dengarlah luahan mereka dan tanya soalan terbuka yang membuatkan mereka bercakap tentang perasaan mereka.
  • Tanya tentang bunuh diri untuk menunjukkan anda mengambil berat dan menunjukkan anda peka akan kesusahan mereka. Jika mereka mengatakan mereka berfikir tentang bunuh diri, teruskan perbualan dan galakkan mereka bercakap tentang kesusahan yang dialami untuk membantu mengurangkan perasaan terasing.
  • Keluarkan bahaya dan akses kepada cara membunuh diri seperti dadah, senjata atau tali dan ikuti perkembangan mereka sehingga bantuan tiba bagi memastikan mereka mencapai tahap penjagaan profesional yang seterusnya.

Perbualan selamat

Panduan Orygen #chatsafe menyediakan alat dan sumber yang bermanfaat untuk mewujudkan perbualan selamat dengan rakan yang mungkin berada dalam kesusahan. Panduan yang dicipta untuk pendidik ini menyediakan model yang berguna tentang bahasa selamat apabila bercakap tentang bunuh diri dan boleh memperkasakan golongan muda untuk terlibat dengan selamat dengan kandungan yang berkaitan dengan bunuh diri.

Melaporkan siaran

Pengguna Meta boleh melaporkan siaran yang mungkin menunjukkan bahawa seseorang sedang berfikir tentang bunuh diri. Ahli pasukan Operasi Komuniti kami yang terlatih akan menyemak laporan ini dan menghubungkan pengirim siaran itu dengan sumber sokongan jika perlu. Apabila terdapat risiko kemudaratan yang nyata, kami akan bekerjasama dengan responder pertama kecemasan.

Bercakap tentang perkabungan

Perkabungan, kesedihan dan kehilangan boleh memberikan kesan yang berbeza kepada setiap orang. Pelbagai gejala boleh membawa lebih banyak kesusahan kepada anda atau rakan yang sudah kehilangan orang tersayang. Perasaan kehilangan dan perasaan baharu yang muncul tanpa dijangka bukanlah mudah untuk dikenal pasti.

Berhati-hati dengan risiko cabaran tular

Cabaran bunuh diri dalam talian adalah berbahaya dan melanggar dasar Meta. Ketahui cara mengenal pasti, mencegah dan mengendalikan "permainan" yang mencederakan diri dan mengancam nyawa ini.