
Hentikan peras ugut seks – penjaga
Anak remaja anda lebih selamat kerana sokongan dan bimbingan anda dalam mengharungi cabaran hidup. Keselamatan dalam era digital ialah perkara baharu dan kemungkinan anak remaja anda berasa lebih selesa untuk menelusuri komuniti digital berbanding anda dan mungkin masih memerlukan bimbingan anda untuk kekal selamat. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anak remaja anda mengelakkan diri daripada situasi rumit (dan kadangkala berbahaya) seperti peras ugut seks.
Tugas ini memang sukar, tetapi anda sudah pun berjaya dengan berada di sini. Langkah anda seterusnya: Bercakap tentang perkara ini dengan anak remaja anda, kemudian berbincang dengan rakan anda.
Setia bersama dan berbual.
Golongan muda yang mengalami peras ugut seks berasa takut ditimpa masalah. Mereka mungkin bimbang kerana tindakan mereka mungkin akan memalukan ibu bapa mereka, mereka mungkin akan digantung sekolah, dikritik oleh rakan atau menghadapi masalah dengan pihak polis. Malah, ketakutan ini boleh dimomokkan oleh si pemeras ugut untuk mengongkong mereka dan yang menyedihkan, perkara ini memang berlaku. Ketakutan sedemikian membuat anak remaja tidak berani untuk mempertahankan diri mereka dan hal itu telah membawa kepada tragedi yang dahsyat.
Ketakutan dan kekecewaan anda ialah perkara biasa, tetapi anak remaja anda perlu tahu bahawa anda akan sentiasa bersama mereka mengharungi situasi yang sukar ini dan anda tidak akan menghakimi mereka. Walaupun anda fikir mereka tahu anda akan menyokong mereka, perbualan seperti ini boleh memberikan perbezaan yang ketara kepada mereka dalam berkongsi pengalaman mereka dengan anda apabila ada sesuatu masalah berlaku. Walaupun anda berpendapat situasi ini tidak akan berlaku kepada anak remaja anda, sebaiknya adakan perbualan awal dan kerap.
Berhati-hati tentang tempat, masa dan cara anda memulakan perbualan ini. Berikut ialah beberapa detik untuk difikirkan tentang memulakan perbualan:
Tidak pasti di mana hendak bermula? Cuba pemula perbualan ini:
Untuk meneruskan perbualan, anda boleh cuba menyebut perkara seperti:
Fahami isu.
Peras ugut seks adalah apabila seseorang dalam talian mengancam akan berkongsi imej atau video eksplisit (bogel atau seksual). Peras ugut seks juga boleh berlaku apabila seseorang mendakwa mempunyai gambar, tetapi sebenarnya tiada, atau mereka telah mencipta “media sintetik”. Permintaan ini biasanya termasuk menghantar wang melalui aplikasi, mengambil lebih banyak gambar atau video bogel atau seksual, atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang. Ancaman ini datang daripada pelbagai jenis orang, sebagai contoh, orang asing yang anda temui dalam talian, seseorang yang berpura-pura menjadi orang lain dalam talian dan bekas kekasih atau pasangan seksual.
Beberapa petanda bahawa sesuatu mesej mungkin berunsur peras ugut seks adalah: orang itu berkata “Saya akan tunjukkan kepada anda kepunyaan saya, jika anda berbuat demikian,” orang itu berpura-pura daripada agensi pemodelan dan meminta gambar, orang itu menggunakan foto yang telah diubah suai menggunakan photoshop agar kelihatan nyata, orang itu ingin membina hubungan romantis dengan cepat, atau mereka menggunakan berbilang identiti (palsu) untuk menghubungi anda. Jika kedengaran seperti ada udang di sebalik batu, percayai naluri anda.
Laporkan peras ugut seks dan ketahui tentang alat yang membantu.
Berkongsi imej intim seseorang tanpa persetujuan adalah bertentangan dengan peraturan kami dan kami boleh membantu untuk mengalih keluar imej. Laporkan sebarang ancaman dan imej sekiranya telah disebarkan. Untuk mengetahui cara melaporkan kandungan, termasuk mesej, lawati pusat bantuan kami untuk Facebook dan Instagram.
Serahkan kes atau galakkan anak remaja anda berbuat demikian, berserta sebarang imej atau video kepada Take It Down. Ini ialah perkhidmatan percuma yang dibangunkan oleh NCMEC untuk mencegah penyebaran imej dan video intim golongan muda. Golongan muda boleh kekal tanpa nama dan anda tidak perlu menghantar imej atau video mereka kepada sesiapa pun. Anda juga boleh mendapatkan talian penting tempatan menerusi Rangkaian InHope untuk membuat laporan.
Akhir sekali, ketahui cara kawalan kebogelan Meta berfungsi dan ini dihidupkan secara lalai untuk remaja. Kawalan kebogelan direka bukan sahaja untuk melindungi orang daripada melihat kebogelan yang tidak diingini dalam DM (mesej langsung) mereka, tetapi juga untuk melindungi mereka daripada penipu yang mungkin menghantar imej bogel untuk memperdaya orang supaya menghantar imej mereka sendiri sebagai balasan. Kami telah bekerjasama dengan rakan kongsi kami, ConnectSafely, untuk membangunkan video ini yang menerangkan cara ciri tersebut berfungsi.
Teruskan pembelajaran.
Peranan ibu bapa merupakan tugas yang sukar. Sukar untuk mengikuti perubahan yang pantas dalam teknologi hari ini. Muat turun aplikasi baharu dan cuba. Tanya anak remaja anda tentang aplikasi kegemaran mereka. Semakin banyak anda bercakap tentang hal ini dengan anak remaja anda, semakin mudah untuk memahami jika sesuatu yang buruk berlaku dan lebih mudah bagi mereka berkongsi situasi yang membimbangkan dengan anda.
Kami menggalakkan anda agar meneroka sumber kami untuk ibu bapa dan keluarga. Sama ada anda atau anak remaja anda mempunyai akaun Facebook atau Instagram, kami telah menyediakan beberapa pautan, petua dan teknik berguna untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman anda dan membantu anak remaja anda menelusuri pengalaman mereka.
Sebarkan berita.
Dengan mendidik antara satu sama lain, kita dapat melindungi keluarga kita dengan lebih baik. Kongsi video "Cegah Peras Ugut Seks" kami. Semakin ramai orang tahu tentang beberapa cara peras ugut seks berlaku, mereka akan lebih bersedia untuk menangani situasi ini.